Daerah Simunjan merupakan tempat tinggal saya.Saya bangga tinggal disini kerana hidup dalam aman sentosa di Daerah Simunjan.Ramai orang melawati Daerah Simunjan,untuk membeli barang-barang dan yang lain-lain lagi.....SAYA SAYANG TEMPAT SAYA....SHANKER
Monday, March 15, 2010
Bahagian Kuching merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak. Pusatnya ialah bandar Kuching, ibu negeri Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain. Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik, dan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching pada setiap tahun
Menurut cerita orang tua-tua, Simunjan berasal dari perkataan Melayu Sarawak. Pada zaman dahulu, penduduk asalnya terdiri daripada penduduk dari seberang iaitu dari kawasan Ensengei yang berhijrah kesini. Kebanyakan penduduk pada zaman dahulu bekerja di lombong arang batu.Keadaan ini menyebabkan mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Melayu Sarawaknya dipanggil “semun”.Disebabkan kawasan ini masih tiada nama, maka penduduk asalnya menggabungkan perkataan “semun” dan “hujan” hingga dinamakan Simunjan. Itulah asal-usulnya hingga diberi nama Simunjan.
Sunday, March 14, 2010
sejarah sarawak
Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:
-Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak
-Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni
Subscribe to:
Posts (Atom)