![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgg1IX3gSEhJlss7CdbJx8Z-Z5vylwZ0XduSIJgC607MxvJ7Db1dQ5r5IB9LIVWOOPWzCFgVOajg0MtrL0RvfRe8TtEghMKJ5OlA_2K7ry4J9un8tvwiuL2ZiMn_izrrGQvcRwheuL4yaI/s400/pal%2520simunjan.jpg)
Menurut cerita orang tua-tua, Simunjan berasal dari perkataan Melayu Sarawak. Pada zaman dahulu, penduduk asalnya terdiri daripada penduduk dari seberang iaitu dari kawasan Ensengei yang berhijrah kesini. Kebanyakan penduduk pada zaman dahulu bekerja di lombong arang batu.Keadaan ini menyebabkan mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Melayu Sarawaknya dipanggil “semun”.Disebabkan kawasan ini masih tiada nama, maka penduduk asalnya menggabungkan perkataan “semun” dan “hujan” hingga dinamakan Simunjan. Itulah asal-usulnya hingga diberi nama Simunjan.